Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1 kes masyarakat, 7 import

Jul 12, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK lapan kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari semalam, menjadikan jumlah 62,692 jangkitan di Singapura sejauh ini.



Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Kes itu buat masa ini didapati tidak berkait dengan kes terdahulu.



Tujuh kes import telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.



Satu daripada mereka dikesan sebaik tiba di sini, dan lagi enam kes mengalami gejala semasa SHN atau pengasingan.



Kelmarin, tiada kes dalam masyarakat dilapor di Singapura, kali pertama sejak 25 April lalu.



Enam kes baru yang disahkan kesemuanya diimport, dan telah dikenakan SHN atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.



Tiga daripada mereka dikesan sebaik tiba di sini dan lagi tiga disahkan positif semasa menjalani SHN atau pengasingan.



MOH berkata bilangan kes baru dalam masyarakat turun daripada 37 kes dua minggu lalu ke 17 kes minggu lalu.



Terdapat 22 kelompok Covid-19 aktif buat masa ini, dengan tiga hingga 94 jangkitan setiap satu.



Seramai 76 pesakit masih dirawat di hospital. Kebanyakan dalam keadaan sihat dan di bawah pemantauan.



Dua pesakit berada dalam keadaan kiritikal di unit jagaan rapi, dan tujuh memerlukan sokongan oksigen.



Dalam masa 28 hari lalu, 24 kes setempat memerlukan sokongan oksigen, dimasukkan ke unit jagaan rapi, atau meninggal dunia.



Dalam kalangan mereka, 20 tidak divaksin dan empat mendapat satu dos vaksin.



Di Singapura, 36 kematian dilaporkan akibat komplikasi Covid19, sementara lagi 15 yang diuji positif Covid-19 meninggal dunia akibat sebab lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >