Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid 19: 10 kes baru, satu dalam masyarakat

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



LAGI 10 kes koronavirus dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan kes koronavirus itu di sini berjumlah 58,228.



Antaranya ialah satu kes dalam masyarakat.



Satu lagi kes dilaporkan di dormitori pekerja asing - kali pertama kes dari dormitori dikesan dalam 20 hari.



Baki lapan kes ialah kes import dan kesemua pesakit telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH)



Kelmarin, MOH mengumumkan satu kes positif Covid-19 dalam masyarakat.



Pesakit itu ialah seorang warga Nepal berusia 35 tahun yang tiba di Singapura dengan pas jangka pendek untuk melawat keluarga warga Singapura.



Beliau tidak menunjukkan simptom dan penyakit itu dikesan apabila beliau menjalani ujian swab Sabtu lepas, sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.



Pesakit itu tiba di Singapura pada 1 November dan dikenakan SHN hingga 15 November.



Beliau diuji negatif pada 11 November. Kemudian, beliau tinggal di rumah rakannya di Bishan Street 22 dan melawat keluarganya di Yishun Ave 6, kata MOH dalam kenyataannya kelmarin malam.



Kesnya masih belum dikaitkan dengan kes-kes lalu.



Beliau dihantar ke hospital dan hasil ujiannya kembali positif pada Ahad. MOH berkata menerusi hasil ujian serologi menandakan bahawa ia mungkin jangkitan lama.



MOH juga melaporkan 4 kes import kelmarin.



Ini merangkumi satu lelaki warga Singapura dan tiga pemegang pas permit.



Warga Singapura itu berusia 31 tahun dan pulang dari Jepun.



Dua pemegang pas kerja dari Indonesia dan satu lagi dari India.



Mereka telah dikenakan SHN setibanya di Singapura. Mereka juga tidak menunjukkan simptom dan diuji positif ketika menjalani SHN.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >