Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 11 daripada 27 kes baru dalam masyarakat tiada kaitan

May 19, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 11 daripada 27 kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang dilaporkan sehingga tengah hari semalam tiada kaitan, kata Kementerian Kesihatan.



Baki 16 kes lain pula mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini. Sebanyak 14 daripada kes masyarakat telah pun diletakkan di bawah kuarantin.



Secara keseluruhan, terdapat 38 kes Covid-19 baru semalam, membawa jumlah keseluruhan di Singapura kepada 61,651.



Terdapat 11 kes diimport yang telah diletakkan di bawah notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, kata kementerian itu.



Dalam kalangan ini, enam merupakan warga Singapura atau penduduk tetap.



Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja.



MOH berkata jumlah kes baru dalam masyarakat telah meningkat daripada 32 kes kepada 149 kes dalam tempoh seminggu, pada minggu lalu.



Dalam tempoh yang sama, jumlah kes tiada kaitan dalam masyarakat telah meningkat daripada tujuh kes ke 42 kes.



Secara global, pandemik ini yang bermula pada Disember 2019, telah menjangkiti lebih 163 juta orang. Lebih 3.39 juta orang telah meninggal dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >