Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1,178 kes baru; 3 warga emas meninggal kerana komplikasi jangkitan

Sep 22, 2021 | 12:19 AM



TIGA kes kematian warga emas berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 dilaporkan pada Selasa (21 September).



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya, memberi butiran lanjut mengenai tiga kes tersebut.



Kes pertama melibatkan wanita Singapura berusia 62 tahun yang diuji positif Covid-19 pada 23 Julai dan dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat keesokan harinya. Beliau belum menjalani vaksinasi, mempunyai sejarah penyakit darah tinggi serta kolestrol tinggi dalam darah. Beliau meninggal pada 20 September.



Kes kedua pula membabitkan lelaki Singapura berusia 74 tahun yang meninggal pada 19 September. Beliau dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng pada 31 Ogos bagi kondisi perubatan yang tiada kena mengena dengan koronavirus. Awalnya, beliau diuji negatif ketika baru dimasukkan ke hospital.



Satu ujian yang dijalani pada 9 September ternyata positif Covid-19. Beliau baru menerima satu suntikan vaksin dan mempunyai sejarah penyakit ginjal kronik, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam darah,



Kes ketiga pula melibatkan lelaki Singapura berusia 83 tahun yang meninggal pada 20 September. Beliau dirawat di Hospital Besar Ng Teng Fong pada 15 September dengan tanda jangkitan dan diuji positif Covid-19 pada hari yang sama.



Beliau sudah mendapatkan suntikan vaksin lengkap dan mempunyai sejarah penyakit penghalang pulmonari kronis, radang paru-paru kronik, darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam darah. Ditambah dengan usia lanjutnya, beliau lebih terdedah pada penyakit teruk.



Dengan kematian tiga kes ini, jumlah pesakit yang meninggal kerana komplikasi Covid-19 di Singapura mencecah 65 orang keseluruhannya.



Sehingga 12 tengah hari Selasa, MOH mengenal pasti 1,178 kes Covid-19 baru dengan 1,038 daripadanya merupakan kes masyarakat manakala 138 kes melibatkan penghuni dormitori sementara lima lagi adalah kes import.



Ini merupakan kali ketiga dalam tempoh empat hari berturut-turut di mana jumlah kes baru yang dilaporkan melebihi paras 1,000 kes.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >