Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1,239 kes baru; 8 kematian termasuk individu 47 tahun

Dec 01, 2021 | 12:20 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 1,239 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Selasa (30 November). Jumlah ini meningkat daripada 1,103 kes pada Isnin.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) pula adalah 58.5 peratus. Ia meningkat daripada 51.2 peratus pada Isnin, jelas MOH dalam kenyataannya.



MOH menambah, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.66, turun daripada 0.69 pada Isnin.



Ini adalah hari ke-18 berturut-turut di mana kadar pertumbuhannya berada di bawah angka satu.



Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat pada minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang secara konsisten berada di bawah angka satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 mingguan yang merosot.



Dalam pada itu, lapan individu berusia antara 47 dengan 87 tahun meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19, jelas MOH.



Kesemua daripada mereka mempunyai kondisi perubatan, kata MOH, tanpa memberi butiran lanjut.



Kes kematian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Singapura mencecah 718 orang sejak pandemik bermula tahun lalu.



Jangkitan baru yang dilaporkan terdiri daripada 1,193 kes masyarakat, 24 kes di dormitori pekerja migran dan 22 kes import.



Dalam kalangan kes masyarakat ini, 179 kes merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.



Sejak pandemik bermula tahun lalu, jumlah keseluruhan kes di Singapura mencecah 264,725 kes kini.



MOH juga menjelaskan, dalam kalangan kelompok yang dipantau rapi adalah rumah rawatan LC Nursing Home di Siglap dengan satu kes baru pada Selasa, menjadikan jumlah kes dalam kelompok ini kini mencecah 16 kes.



Dari sejumlah itu, seorang daripadanya adalah kakitangan di situ manakala 15 orang adalah penghuni rumah tersebut.



Salah satu lagi kelompok dengan kes baru adalah Rumah Rawatan ECON Healthcare di Chai Chee, dengan junlah keseluruhan kes kini adalah 42. Dua daripada kes ini adalah pekerja manakala bakinya adalah penghuni.



Sehingga Isnin, 96 peratus penduduk sama ada sudah lengkap divaksin atau mengambil dua dos suntikan manakala 26 peratus pula sudah mengambil suntikan penggalak.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >