Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 129 kes masyarakat baru, termasuk 61 yang berkait dengan Pelabuhan Perikanan Jurong

Jul 26, 2021 | 08:00 PM



SEBANYAK 129 kes Covid-19 baru dalam masyarakat dilaporkan pada tengah hari Isnin (26 Julai), termasuk 61 kes yang berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.


Ini menjadikan jumlah 853 kes di kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong itu.


Sebanyak enam kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV turut dilaporkan, menjadikan jumlah 243 kes dalam kelompok itu.


Daripada 129 kes dalam masyarakat itu, 76 berkait dengan kes terdahulu dan telah pun dikuarantin, manakala lagi 25 kes berkait dikesan melalui pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).


Baki 28 adalah kes baru yang tidak berkait.


Ini termasuk kes melibatkan seorang warga emas berusia lebih 70 tahun yang baru menerima satu dos vaksin, dan berisiko mengalami penyakit serius.


Sebanyak enam kes yang diimport turut disahkan pada Isnin, dan mereka telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, tambah MOH.


Tiga daripada mereka dikesan sebaik tiba di Singapura, manakala lagi tiga mengalami Covid-19 semasa SHN atau pengasingan.


Jumlah kes di Singapura kini 64,314.


Singapura telah mencatat 37 kematian akibat komplikasi Covid-19, manakala 15 yang disahkan positif didapati meninggal dunia atas sebab lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >