Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 13 kes baru, semua import

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 13 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari semalam, menjadikan jumlah 60,033 kes di sini sejauh ini.



Semua kes baru itu adalah kes yang diimport, dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Tiada kes dalam masyarakat dan di asrama pekerja asing yang dilaporkan.



Kelmarin, MOH mengumumkan 13 kes Covid-19 baru, dengan 12 daripadanya merupakan kes yang diimport.



Satu-satunya kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang disahkan kelmarin melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia.



Wanita berusia 35 tahun itu tiba di Singapura pada 20 Januari lalu dan menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di sebuah kemudahan khusus hingga 3 Februari.



Kedua-dua ujian sebelum keberangkatan yang dilakukan pada 18 Januari di Indonesia serta swab yang dilakukan pada 2 Februari adalah negatif Covid-19.



Beliau tidak menunjukkan simptom, dan hanya diuji positif apabila mengambil satu lagi ujian sebelum keberangkatan pada 4 Mac, kali ini sebagai persiapan untuk kembali ke Indonesia.



Beliau kemudian dibawa ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit menaiki ambulans.



Satu lagi ujian oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) pada 5 Mac menunjukkan keputusan negatif.



MOH berkata memandangkan mereka tidak dapat memastikan tarikh jangkitannya, mereka akan mengambil semua tindakan kesihatan awam yang diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk mengarahkan semua kenalan rapatnya agar menjalani kuarantin.



Sementara itu, sembilan kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat kelmarin, menjadikan jumlah 59,864 pesakit telah pulih sejauh ini.



Sejumlah 22 pesakit masih dirawat di hospital dan lagi 90 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Seramai 29 orang telah meninggal dunia sejauh ini akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >