SEBANYAK 13 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Ahad (13 Jun), menjadikan jumlah 62,276 jangkitan di Singapura sejauh ini.
Ini termasuk 10 kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH), dengan lapan daripadanya berkait dengan kes terdahulu dan baki dua tidak berkait buat masa ini.
Sebanyak tiga kes yang diimport turut dilaporkan dan mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Dua daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap.
Tiada kes dari asrama pekerja asing dilaporkan.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: 13 kes baru termasuk 10 dalam masyarakat
Jun 13, 2021 | 04:30 PM