Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 131 kes masyarakat baru, termasuk 52 tidak berkait

Jul 30, 2021 | 06:20 PM



SEBANYAK 131 kes Covid-19 baru dalam masyarakat dilaporkan pada tengah hari Jumaat (30 Julai), termasuk 52 kes yang tidak berkait.


Kes baru itu termasuk 28 kes yang berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, menjadikan jumlah 997 kes dalam kelompok itu.


Sebanyak satu kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV turut dilaporkan, menjadikan jumlah 249 kes dalam kelompok itu.


Daripada 131 kes dalam masyarakat itu, 64 berkait dengan kes terdahulu dan telah pun dikuarantin, manakala lagi 15 kes berkait dikesan melalui pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).


Jangkitan yang tidak berkait sebanyak 52 kes dan melibatkan satu warga emas berusia lebih 70 tahun yang baru menerima satu dos vaksin, dan berisiko mengalami penyakit serius.


Sebanyak lapan kes yang diimport turut disahkan pada Jumaat, dan mereka telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, tambah MOH.


Dua daripada mereka dikesan sebaik tiba di Singapura, manakala lagi enam mengalami Covid-19 semasa SHN atau pengasingan.


Jumlah kes di Singapura kini 64,861.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >