Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 133 kes baru, terendah minggu ini

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT 133 kes baru Covid19 dilaporkan semalam, jumlah terendah minggu ini, termasuk 130 kes dalam masyarakat.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata 78 kes dalam masyarakat berkaitan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) dan enam daripada kelompok KTV.



Dalam kenyataannya semalam, MOH berkata 64 daripada 130 kes dalam masyarakat itu dikaitkan dengan kes lalu dan telah dikenakan kuarantin.



Lagi 37 kes pula dikaitkan dengan kes lalu dan dikesan menerusi pengawasannya.



Sebanyak 29 kes tidak berhubung kait.



Dalam kalangan ini, dua kes melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin dan mereka menanggung risiko penyakit serius, kata MOH.



Tambahan 78 kes di JFP semalam menambah kes dalam kelompok itu kepada 638 kes. Sebanyak 227 kes kini dikaitkan dengan kelompok di KTV.



Bersama tiga kes import semalam, mereka telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Satu kes dikesan ketika tiba di Singapura, sementara baki dua kes menunjukkan gejala ketika menjalani SHN.



Secara keseluruhan, terdapat 63,924 kes Covid-19 di Singapura pada masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >