Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 136 kes masyarakat baru, termasuk 55 tidak berkait

Jul 27, 2021 | 07:40 PM



SEBANYAK 136 kes Covid-19 baru dalam masyarakat dilaporkan pada tengah hari Selasa (27 Julai), termasuk 55 kes yang tidak berkait.



Kes baru itu termasuk 36 kes yang berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, menjadikan jumlah 894 kes dalam kelompok itu.



Sebanyak dua kes baru yang dikaitkan dengan kelompok KTV turut dilaporkan, menjadikan jumlah 245 kes dalam kelompok itu.


Daripada 136 kes dalam masyarakat itu, 59 berkait dengan kes terdahulu dan telah pun dikuarantin, manakala lagi 22 kes berkait dikesan melalui pengawasan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).


Jangkitan yang tidak berkait sebanyak 55 kes dan melibatkan tiga warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin, dan berisiko mengalami penyakit serius.


Sebanyak tiga kes yang diimport turut disahkan pada Selasa, dan mereka telah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, tambah MOH.


Dua daripada mereka dikesan sebaik tiba di Singapura, manakala satu mengalami Covid-19 semasa SHN atau pengasingan.


Jumlah kes di Singapura kini 64,453.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >