Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1,461 kes baru di Singapura, 5 kematian

Nov 23, 2021 | 12:03 AM



TERDAPAT 1,461 kes baru Covid-19 di Singapura pada Isnin (22 November), turun daripada 1,670 kes pada Ahad.



Ini merupakan bilangan paling rendah kes seharian baru yang dicatatkan sejak 27 September yang menyaksikan 1,647 kes.



Dalam pada itu, terdapat lima individu berusia antara 61 dengan 105 tahun, yang meninggal dunia akibat komplikasi virus tersebut, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Isnin malam.



Kesemua pesakit itu, kecuali satu yang belum divaksin, menghidap gejala kesihatan lain, tambah MOH tanpa memberi perincian lanjut.



Ini menjadikan angka korban Covid-19 di Singapura, mencecah 667 orang.



Kes-kes baru pula melibatkan 1,415 kes dalam masyarakat, 40 kes yang berpunca dari dormitori pekerja migran dan enam kes import.



Daripada kes dalam masyarakat itu, 247 kes merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.



Terdapat 62 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan Unit Jagaan Rapi (ICU).



Bilangan kes Covid-19 secara keseluruhan di Singapura kini mencecah 253,649 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >