Covid-19: 15 kes baru termasuk 1 dalam masyarakat
Jan 22, 2021 | 05:10 PM
SEBANYAK 15 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Jumaat (22 Jan), menjadikan jumlah 59,250 kes di Singapura sejauh ini.
Satu daripadanya adalah kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Baki 14 kes adalah kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.