Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 170 kes baru; 162 kes masyarakat termasuk 87 kes berkaitan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong

Jul 22, 2021 | 05:52 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 170 kes jangkitan Covid-19 baru pada Khamis (22 Julai) dengan 162 kes merupakan kes dalam kalangan masyarakat.



Dalam kenyataannya, MOH berkata 87 kes masyarakat yang dikenal pasti berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, pasar dan pusat makanan.



Ini menjadikan jumlah kes di kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong kini mencapai 538 kes.



Selain itu, terdapat lima kes baru yang berkaitan dengan kelompok KTV, menjadikan jumlah kes dalam kelompok berkenaan kini mencecah 220 kes.



Dari sejumlah 162 kes masyarakat, 59 daripadanya berkait dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin.



Ada juga 51 kes lain yang berkait dan dikesan menerusi pengawasan serta 52 kes baru yang tiada kaitan, tambah MOH.



Dalam kalangan kes yang baru dikenal pasti ini, terdapat enam warga emas berusia melepasi 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi lantas berdepan dengan risiko penyakit serius.



Selain itu, terdapat lapan kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, kata MOH.



Lima kes ini dikenal pasti setibanya di Singapura manakala baki tiga kes menampakkan tanda jangkitan sewaktu SHN atau ketika diasingkan.



Sehingga Khamis, jumlah keseluruhan kes di Singapura ialah 63,791 sejak pandemik bermula tahun lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >