Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 1,734 kes baru; 16 kematian individu antara 52 dengan 93 tahun

Nov 19, 2021 | 11:04 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 1,734 kes Covid-19 baru di Singapura pada Jumaat (19 November).



Jumlah ini berkurangan daripada 2,038 kes baru sehari sebelum itu, kata MOH dalam kenyataannya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 juga merosot kepada 0.77, turun daripada 0.90 pada Khamis.



Kadar pertumbuhan jangkitan di Singapura berada di paras bawah 1 buat tujuh hari berturut-turut.



Angka ini merujuk pada nisbah kes masyarakat dalam tempoh seminggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang secara konsisten berada di paras bawah 1 menunjukkan bilangan kes Covid-19 baru secara mingguan merosot.



Kadar penggunaan Unit Jagaan Rapi (ICU) juga merosot sejak dua minggu lalu. Pada Jumaat, ia berada pada paras 57 peratus, merosot daripada 58.8 peratus pada Khamis.



Ia berada pada 70.2 peratus pada 4 November walaupun jumlah keseluruhan katil ICU berbeza-beza sewaktu tempoh ini - antara 398 hingga 430 katil.



MOH juga menambah terdapat 16 kes kematian melibatkan individu berusia antara 52 dengan 93 tahun yang meninggal kerana komplikasi berkaitan MOH. Kesemua daripada mereka kecuali satu kes yang belum menjalani vaksinasi, mempunyai pelbagai kondisi perubatan.



Jumlah keseluruhan kematian di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu adalah 641 kes.  



Dalam pada itu, kes baru yang dilaporkan pada Jumaat terdiri daripada 1,633 kes masyarakat, 97 kes di dormitori pekerja migran dan empat kes import.



Dalam kalangan kes masyarakat ini, 268 daripadanya merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.



Angka keseluruhan kes baru di Singapura sejak pandemik bermula adalah 248,587 kes.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >