Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 179 kes masyarakat termasuk 130 kes kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, 8 kes kelompok KTV

Jul 21, 2021 | 05:39 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 181 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari Rabu (21 Julai) dengan 179 daripadanya merupakan jangkitan dalam kalangan masyarakat.



Daripada sejumlah 179 kes masyarakat itu, sebahagian besar iaitu 130 kes berkait dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, pasar dan pusat makanan, yang kian bertambah bilangan kesnya. 



Ini menjadikan jumlah kes dalam kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong kini mencecah 451 kes.



Terdapat lapan kes baru yang berkait dengan kelompok KTV, menjadikan jumlah kes kelompok itu mencecah 215 kes.



Jumlah kes pada Rabu menyusuli jumlah puncak 182 kes masyarakat pada Selasa.



Daripada 179 kes masyarakat, 80 kes dikaitkan dengan kes sebelum ini yang sudah dikuarantin.



Terdapat 69 kes berkaitan yang dikenal pasti menerusi pengawasan serta 30 kes baru tiada kaitan, tambah MOH.



Dalam kalangan kes ini, terdapat empat warga emas berusia melebihi 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi dan berisiko menghidap penyakit serius.



Terdapat dua kes import yang juga sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura, jelas MOH.



Kedua-dua kes ini mengalami tanda jangkitan sewaktu SHN atau ketika diasingkan.



Jumlah kes di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu ialah 63,608 kes.



 



More details will be announced on Wednesday night.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >