SEBANYAK 18 kes Covid-19 disahkan hingga 12 tengah hari Khamis (17 September), menjadikan jumlah 57,532 jangkitan di Singapura sejauh ini.
Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, melibatkan seorang pemegang pas kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Dua kes yang diimport turut dilaporkan, melibatkan satu pemegang pas kerja dan satu pemegang pas tanggungan. Mereka telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Baki 15 kes melibatkan pekerka asing yang menginap di dormitori.
Sementara itu lagi 84 kes telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan sejumlah 57,039 pesakit telah sembuh sejauh ini.
Seramai 43 pesakit masih dirawat di hospital dan lagi 423 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.
Seramai 27 orang telah meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat jangkitan Covid-19.