Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 191 kes baru; 186 kes masyarakat termasuk 90 kes tiada kaitan; 5 kes import

Sep 05, 2021 | 06:42 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 191 kes jangkitan Covid-19 baru pada Ahad (5 September).



Daripada jumlah ini, 186 kes merupakan dalam kalangan masyarakat, jelas MOH dalam kenyataannya.



Sebanyak 63 kes berkaitan dengan kes sebelum ini sudah dikuarantin manakala 33 kes berkaitan pula dikesan melalui pemantauan.



Sebanyak 90 kes pula tiada kaitan.



Daripada jumlah tersebut, empat kes melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan vaksin dan berisiko mengalami penyakit serius.



Terdapat lima kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.



Empat kes dikesan setibanya di sini manakala satu lagi kes didapati dijangkiti sewaktu SHN atau ketika diasingkan.



Pada Sabtu, tiga kelompok baru jangkitan Covid-19 dikenal pasti MOH.

Kelompok ini terdiri daripada Limbungan Kapal Sembcorp Marine Tuas Boulevard Yard, Pusat Jagaan Pelajar Radiance di Serangoon Avenue 3 dan dalam kalangan kakitangan kedai barang kemas Orient Goldsmiths & Jewellers di Toa Payoh Central.



Buat masa ini, limbungan kapal itu mempunyai lapan kes manakala pusat jagaan pelajar itu mempunyai empat kes. Tiga kes pula dilaporkan dalam kelompok melibatkan kakitangan kedai barang kemas itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >