Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Covid-19: 194 keluarga terjejas mohon flat sewa sementara HDB

Jan 23, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 190 keluarga yang terjejas akibat pembinaan flat yang tergendala akibat Covid-19 telah memohon bagi flat sewa sementara daripada agensi perumahan negara.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata ia menerima 194 permohonan sedemikian daripada pembeli flat yang terjejas.



Sebahagian projek perumahan tergendala akibat bekalan bahan dan tenaga manusia yang berkurangan akibat Covid-19.



Sebanyak 131 isi rumah telah diberikan unit sewa dan lagi 39 isi rumah akan berpindah atau diberikan unit masing-masing tidak lama lagi.



Baki 24 isi rumah telah menarik balik permohonan mereka.



Antara 194 keluarga yang memohon bagi rumah sewa itu adalah 17 pemilik Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol yang tergendala setahun selepas HDB membatalka khidmat kontraktor pembangunan pada Ogos lalu.



Daripada kumpulan itu, 14 keluarga sedang menetap di flat sewa masing-masing, sementara lagi tiga isi rumah akan menerima flat sewa mereka tidak lama lagi.



Projek yang terjejas itu Waterway Sunrise II melibatkan 1,014 unit flat yang merangkumi tujuh blok.



Tarikh anggaran asal ia siap adalah pada suku pertama tahun ini, bagi Blok 653A dan pada suku kedua tahun ini bagi baki enam blok yang lain.



Pemilik rumah kini dijangka menerima kunci flat masing-masing pada suku pertama atau kedua tahun depan.



Kontraktor asal projek tersebut Lian Ho Lee Construction, digugurkan HDB daripada projek tersebut kerana tidak memenuhi tarikh yang ditentukan.



Projek tersebut kini diberikan kepada kontraktor baru Expand Construction.



"Kerja binaan di Waterway Sunrise II kini berjalan lancar dan tiada perubahan lain pada garis masa penyelesaian projek itu," kata HDB.



Pembeli flat boleh mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyelesaian projek menerusi laman MY HDBPage.



Sebelum ini, HDB berkata sebahagian projek BTO akan ditangguh antara enam dengan sembilan bulan akibat Covid-19, walaupun ia bertekad untuk mengurangkan tempoh itu seberapa yang boleh.



Pembeli flat yang tidak dapat mencari tempat penginapan lain dengan saudara-mara atau di pasaran terbuka sementara menanti flat mereka siap boleh memohon bagi rumah sewa sementara daripada HDB menerusi laman webnya.



Di bawah skim tersebut, sewa bulanan purata bagi flat satu bilik dan dua bilik masing-masing adalah sekitar $300 dan $400, bergantung pada lokasi, kata HDB.



Mengikut laman web HDB, flat dua bilik ditawarkan di Sumang Lane di Punggol dan Canberra Street di Sembawang.



Flat tiga dan empat bilik pula ditawarkan menerusi Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS).



Seorang bakal pemilik flat di Waterway Sunrise II, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Tay, berkata beliau berjaya mendapatkan flat sewa sementara dua bilik.



"Kami baru sahaja berkahwin dan ingin mempunyai ruang peribadi sendiri. Selepas mendapat flat sewa ini, kami boleh meneruskan rancangan kami untuk mendapatkan anak tahun ini," kata Cik Tay, 30 tahun, yang bekerja dalam sektor runcit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >