Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2 kes baru dalam masyarakat libatkan tukang baiki dari Myanmar, penolong dapur Rice Garden

Jun 09, 2021 | 11:08 PM



SATU-SATUNYA kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat yang tiada kaitan dengan kes terdahulu melibatkan tukang baiki dari Myanmar yang bertugas di Grandwork Interior.



Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu malam (9 Jun), lelaki 29 tahun ini sudah mendapat suntikan pertama vaksin pada 31 Mei. 



Satu lagi kes masyarakat pula melibatkan penolong dapur berusia 21 tahun yang berasal dari Malaysia dan bertugas di gerai Rice Garden di Anchorvale. Beliau sudah dikuarantin ketika menjalani ujian Covid-19.



Kes ini berkaitan dengan kelompok NTUC Foodfare di Anchorvale Road.



Belia ini adalah kontak tempat kerja cef 29 tahun di Rice Garden yang diuji positif Covid-19 pada 29 Mei.



Pada Rabu, empat kes jangkitan Covid-19 baru dikenal pasti, kata MOH dalam kenyataannya.



Angka ini adalah jumlah kes harian paling rendah yang pernah dicatat Singapura sejak 23 Februari di mana empat kes juga dikenal pasti.



Baki dua kes lain adalah kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, jelas MOH.



Salah seorang daripada mereka adalah warga Singapura yang pulang dari India manakala yang seorang lagi adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Iraq.



Tiada kes dormitori dikesan pada Rabu.



Dengan empat kes jangkitan Covid-19 baru ini, jumlah keseluruhan kes di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu mencecah 62,223 kes kini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >