Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2 kes masyarakat tiada kaitan dengan kes sebelum ini libatkan pemandu peribadi, lelaki tanpa tugas

May 16, 2021 | 01:00 AM



SEORANG pemandu peribadi berusia 53 tahun dan seorang lelaki 49 tahun yang tidak bertugas adalah dua kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan kelompok atau kes sebelum ini.



Pada Sabtu (15 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti sebanyak 19 kes masyarakat dengan 17 daripadanya berkaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini.



Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan pemandu itu mula sakit tekak pada 12 Mei dan demam keesokan harinya. Beliau mendapatkan rawatan perubatan di klinik umum pada 13 Mei dan menjalani ujian Covid-19. Ujiannya positif koronavirus keesokan hari dengan dirinya juga didapati positif buat sementara waktu bagi varian B1617 dengan hasil ujian pengesahan lanjutan kini dinantikan. 



Menurut MOH, lelaki kedua yang tiada kaitan dengan kes sebelum ini juga mula sakit tekak pada petang 12 Mei dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik umum pada keesokan hari. Hasil ujiannya positif Covid-19 pada 14 Mei. Beliau baru sahaja menerima suntikan vaksin pertama pada 10 Mei lalu.



Turut dikesan menghidap Covid-19 adalah suri rumah berusia 55 tahun yang merupakan anggota keluarga yang tinggal bersama seorang tukang masak di Wok Hey (White Sands) yang positif Covid-19.



Seorang pesara berusia 70 tahun yang merupakan anggota keluarga seorang lagi pesara turut dikenal pasti sebagai positif Covid-19.



Dalam pada itu, seorang banduan berusia 32 tahun di Kompleks Penjara Changi yang merupakan kontak cef dapur penjara turut dikenal pasti sebagai antara kes baru dalam masyarakat.



Seorang pegawai jualan di Aero Light Pte Ltd yang merupakan anggota keluarga yang tinggal serumah dengan guru tuisyen di Learning Point turut dijangkiti.



Sepasang adik-beradik berusia 12 tahun dan 8 tahun daripada St Andrew's Junior School yang menaiki bas yang sama dengan pelajar 9 tahun yang mengikuti kelas tuisyen di Learning Point turut disahkan sebagai kes Covid-19.



Terdapat dua kes baru dalam kelompok jururawat Hospital Besar Sengkang warga Filipina. Mereka terdiri daripada pelajar 6 tahun di Sekolah Rendah Palm View yang merupakan rakan sedarjah anak jururawat itu di pusat tuisyen EduFirst Learning Centre (Hougang) serta seorang pelajar 7 tahun dari Sekolah Rendah Yio Chu Kang. Pelajar kedua ini juga adalah rakan sedarjah di EduFirst Learning Centre (Hougang).



Kelompok Hospital Tan Tock Seng juga mempunyai tambahan satu kes baru yang merupakan seorang pesakit wanita berusia 80 tahun yang dirawat di Wad 9D mulai 5 April dan dipindahkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit pada 28 April.



Dalam pada itu, MOH menambah seorang penolong tukang masak di Kopitiam, Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, yang merupakan kontak seorang pekerja pembersihan yang dikesan positif Covid-19 terlebih dahulu juga antara kes baru dalam masyarakat.



Kontak kes sebelum ini yang merupakan jurutera teknologi maklumat yang bertugas di Terminal 4, Lapangan Terbang Changi dan merupakan pegawai teknologi di Bank Toronto-Dominion turut terkena jangkitan koronavirus ini.



Sementara itu, seorang wanita warga China berusia 42 tahun yang digajikan Ramky Cleantech Services sebagai pekerja pembersihan di Robinson 77 turut dikesan positif Covid-19. 



Turut dikenal pasti adalah dua kes berkaitan dengan pegawai imigresen berusia 57 tahun di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi, sebelum ini. Mereka terdiri daripada suri rumah 56 tahun dan jurufoto bebas berusia 26 tahun.



Seorang eksekutif berusia 70 tahun di 1FSS Pte Ltd yang bertugas dari rumah sejak 30 April dan merupakan anggota keluarga seorang pegawai pemeriksaan penerbangan di Terminal 1, Lapangan Terbang Changi adalah antara yang turut disahkan positif koronavirus.



Manakala seorang pegawai khidmat pelanggan yang digajikan Sats di Terminal 1 dan 3, Lapangan Terbang Changi turut dikesan dengan Covid-19. Beliau telah menjalani dua suntikan vaksin Covid-19.



Sementara itu, terdapat 12 kes import yang terdiri daripada satu kes warga Singapura dan enam kes Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali dari India, Indonesia, Malaysia dan Filipina.



Seorang pemegang pas kerja dari Sri Lanka serta empat kes pemegang permit kerja dari Indonesia dan Filipina turut tergolong dalam kes import ini.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >