Covid-19: 2 PR S'pura antara 13 kes import Covid-19 baru, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Covid-19: 2 PR S'pura antara 13 kes import Covid-19 baru

Mar 08, 2021 | 11:04 PM

DUA  Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini dari India dan Malaysia adalah antara 13 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Isnin (8 Mac).

Lelaki berusia 29 tahun dan 38 tahun itu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Isnin malam.

Selain mereka, satu kes melibatkan pemegang pas tanggungan dan satu kes lagi merupakan pemegang pas lawatan jangka panjang, kedua-duanya dengan sejarah perjalanan dari India.

Satu kes pula adalah pemegang pas kerja dari Filipina manakala tujuh yang lain adalah pemegang permit kerja dari India, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Lima daripada pemegang permit kerja ini adalah pembantu rumah asing.

Baki satu kes lagi pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek dari India yang datang ke sini bagi mengunjungi saudaranya, seorang PR Singapura.

Berita Popular

MOH menambah, lagi enam kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Sebanyak 21 kes pula masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Bagaimanapun, satu kes dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Tiada kes dormitori atau masyarakat dikesan pada Isnin.

Kelab Masyarakat Teck Ghee, Mustafa Centre, pasar raya Ang Mo Kio di Ang Mo Kio Avenue 10 dan Murugan Idli Shop di Syed Alwi Road pula adalah antara tempat yang disenaraikan sebagai lokasi kunjungan kes Covid-19.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map