Covid-19: 20 kes baru; 15 kes masyarakat; 5 import, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Covid-19: 20 kes baru; 15 kes masyarakat; 5 import

Jun 25, 2021 | 03:58 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 20 kes jangkitan Covid-19 baru sehingga 12 tengah hari pada Jumaat (25 Jun).

Dalam kalangan 20 kes berkenaan, 15 daripadanya merupakan kes masyarakat, dengan 12 daripadanya berkait dengan kes sebelum ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.

Menurut MOH, empat daripada kes berkaitan ini sudah dikuarantin manakala lapan yang lain dikesan dalam ujian pengawasan. Baki tiga kes masyarakat pula tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Dalam pada itu, lima kes import turut dikenal pasti. Semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Empat daripada mereka merupakan warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini.

 

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map