TERDAPAT 20 kes baru Covid-19 dalam masyarakat sehingga tengah hari Khamis (17 Jun).
Tujuh lagi kes hari ini merupakan kes import, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.
Tiga daripada tujuh kes import merupakan warga atau penduduk tetap Singapura.
Daripada 20 kes jangkitan masyarakat itu, dua tidak berkait.
Manakala 13 daripada 18 kes berkaitan pula sudah dikuarantin sementara lagi lima dikesan melalui pemantauan.
Tiada kes baru dilaporkan di dormitori pekerja migran, tambah MOH.
Butiran lanjut akan dikongsi MOH malam ini.