SEBANYAK 20 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Sabtu (8 Mei), menjadikan jumlah 61,331 jangkitan di Singapura sejauh ini.
Tujuh daripada kes baru itu adalah jangkitan dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.
Dua kes masyarakat itu berkait dengan kes terdahulu dan telah pun dikuarantin.
Baki 13 kes baru semalam adalah kes yang diimport dan telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, kata MOH.
Mereka termasuk sembilan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR).
Tiada kes dilaporkan dari asrama pekerja asing.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: 20 kes baru termasuk 7 kes dalam masyarakat
May 08, 2021 | 03:53 PM