Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2,057 kes baru; 6 kematian warga emas dilaporkan termasuk 1 kes tanpa sejarah penyakit

Oct 03, 2021 | 11:39 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 2,057 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura sehingga 12 tengah hari Ahad (3 Oktober).



Daripada jumlah ini, 1,676 kes merupakan dalam kalangan masyarakat manakala 373 kes pula melibatkan pekerja hijrahan di dormitori. Dalam kalangan kes masyarakat pada Ahad, 430 kes melibatkan warga emas berusia lebih 60 tahun. Lapan kes pula merupakan kes import.



Demikian dedah MOH dalam kenyataannya pada Ahad malam.



Sementara itu, enam kes kematian turut dilaporkan pada Ahad kerana komplikasi Covid-19. Daripada jumlah ini, lima merupakan lelaki warga Singapura manakala seorang lagi adalah wanita warga Singapura. Mereka berusia antara 68 hingga 91 tahun.



Dua daripada kes ini belum menjalani vaksinasi manakala empat kes pula sudah lengkap divaksin. Lima individu yang meninggal ini mempunyai pelbagai kondisi perubatan tersembunyi manakala satu kes belum divaksin pula tiada sejarah kondisi perubatan.



Dengan itu, sebanyak 113 kes kematian dilaporkan di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu.



Ini adalah hari ke-14 berturut-turut di mana kematian kerana komplikasi Covid-19 dilaporkan.



Sebanyak 18 kes kematian dilaporkan pada tiga hari pertama Oktober. 40 individu pula meninggal kerana Covid-19 bulan lalu, berbanding 18 kematian pada Ogos.



MOH juga menambah, sehingga 12 tengah hari Ahad, 1,337 kes Covid-19 masih dirawat di hospital. Kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan baik dan dipantau. Terdapat 250 kes memerlukan sokongan oksigen manakala 35 kes pula dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Daripada sejumlah kes yang jatuh sakit secara serius, 242 daripadanya merupakan warga emas melebihi 60 tahun.



Undangan mengambil suntikan penggalak atau 'booster' pula sudah diberikan kepada 500,000 warga emas yang layak menerimanya. Sejauh ini, 279,787 individu sudah menerima suntikan penggalak mereka manakala lagi 90,000 individu pula sudah menempah janji temu mereka.



Jumlah keseluruhan kes di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu adalah 103,843 kes.



Sejak 18 September, bilangan kes harian baru yang dilaporkan secara konsisten melepasi 1,000 kes dan lebih 2,000 kes sejak 28 September.



Daripada sembilan kelompok aktif yang besar, di mana kes baru dilaporkan pada Ahad, kelompok terbesar adalah dormitori Avery Lodge di Jurong, yang kini mempunyai 439 kes.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >