Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 21 kes baru berkait dengan kelompok pusat tukaran bas yang kini punyai 341 kes jangkitan

Sep 02, 2021 | 11:43 PM



KELOMPOK Covid-19 di lapan pusat tukaran bas setempat kini mempunyai 341 kes pada Khamis (2 September) dengan 21 kes baru dilaporkan.



Pusat Tukaran Bas Toa Payoh mempunyai jumlah kes tertinggi dengan 104 kes keseluruhannya buat masa ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Khamis (2 September) melaporkan 191 kes kesemuanya pada Khamis dengan 187 kes masyarakat dan empat kes import.



Ini adalah jumlah kes masyarakat tertinggi sejak 10 Ogos 2020, di mana terdapat 175 kes masyarakat dilaporkan.



Terdapat juga 113 kes tiada kaitan atau 60 peratus daripada kes masyarakat yang dilaporkan pada Khamis.



Menurut MOH, terdapat 65 kelompok aktif kini, yang mempunyai antara tiga dengan 1,155 kes jangkitan bagi setiap kelompok.



Jumlah keseluruhan kes di Singapura sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu ialah 67,991 kes.



Bilangan kes masyarakat pula bertambah lebih seganda daripada 405 kes dua minggu sebelum ini kepada 922 kes minggu lalu.



Bilangan kes tiada kaitan juga bertambah lebih dua kali ganda daripada 118 kes kepada 332 kes dalam tempoh masa yang sama.



Buat masa ini, terdapat 528 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital.



Seramai 27 orang pula memerlukan sokongan oksigen manakala lima orang dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU). Daripada kumpulan ini, 12 pesakit sudah menerima vaksinasi penuh.



Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 22 daripadanya merupakan warga emas berusia melebihi 60 tahun. Daripada jumlah ini, 12 daripada mereka belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan.



MOH menambah dalam tempoh 28 hari lalu, 8.2 peratus penduduk yang belum menjalani vaksinasi sakit tenat atau meninggal manakala peratusan mereka yang sudah menjalani vaksinasi penuh pula ialah 1.1 peratus.



Secara keseluruhan, 80 peratus penduduk Singapura sudah menerima dua suntikan vaksin manakala 83 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >