Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 24 kelompok dormitori ditutup; 205 dibenar pulang

Jul 29, 2020 | 11:31 PM



EMPAT kes import yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga 12 tengah hari tadi (Rabu, 29 Julai) terdiri daripada seorang warga Singapura, seorang pemegang pas kerja dan dua pemegang pas pelajar.



Warga Singapura (Kes 51546) adalah yang kembali ke sini dari India pada 17 Julai. Kes 51536 pula adalah pemegang pas kerja yang buat masa ini bekerja di sini dan berasal dari Filipina. Baki dua kes lain (Kes 51340 dan 51560) pula adalah pemegang pas pelajar yang mendarat di Singapura dari India (14 Julai) dan dari Indonesia (17 Julai).



Demikian butiran terperinci yang didedahkan MOH dalam kenyataannya malam ini (Rabu, 29 Julai). Kesemua kes import ini telah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus sampai ke Singapura dan dipindahkan ke kemudahan khusus. Mereka diuji ketika menjalani SHN.



MOH mengenal pasti 334 kes jangkitan baru hari ini (Rabu, 29 Julai) dengan sebilangannya merupakan pemegang pas kerja yang menetap di dormitori pekerja asing. Daripada kes baru ini, 99 peratus dikaitkan dengan kelompok yang sudah diketahui sebelum ini manakala baki satu peratus menanti hasil proses jejak kenalan.



Hasil usaha pemantauan dan pembersihan dormitori, MOH mendedahkan sebanyak 24 kelompok sudah ditutup dengan ruang-ruang ini hanya didiami pekerja yang sudah pulih atau dikenal pasti tiada jangkitan virus.



Tiga kes masyarakat yang dikesan juga berkaitan dengan kes atau kelompok yang terbentuk sebelum ini.



Seramai 205 pesakit Covid-19, tambah MOH, sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 184 kes pula masih lagi dirawat di hospital dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >