Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 24 kes baru, semua import

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



LAGI 24 kes Covid-19 dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah jangkitan koronavirus di sini 60,519 kes.



Kesemua kes baru itu adalah kes diimport yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di sini menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Tiada kes baru dilaporkan dalam kalangan masyarakat dan dormitori pekerja migran.



Kelmarin, MOH melaporkan 17 kes koronavirus yang semuanya diimport dan telah dikenakan SHN ataupun diasingkan, kata MOH.



Dalam kenyataannya kelmarin, MOH mengatakan bahawa antara 17 kes baru itu adalah empat penduduk tetap Singapura yang pulang dari India, Indonesia dan Malaysia.



Salah seorang daripada mereka adalah pemegang pas tanggungan, sementara yang lain adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari United Kingdom.



Tujuh dari mereka telah tiba di sini untuk bekerja. Antaranya seorang pemegang pas kerja yang tiba dari India dan enam orang adalah pemegang pas kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia.



Dari enam pemegang pas kerja, seorang adalah pembantu rumah migran, kata MOH.



Empat lagi adalah pemegang pas lawatan jangka pendek.



Tiga lagi orang tiba dari Brazil, Canada dan Serbia untuk menyertai acara sukan, sementara satu lagi orang tiba dari Amerika Syarikat bersama anaknya yang belajar di sini.



Jumlah kes baru di masyarakat kekal stabil pada kadar dua kes seminggu bagi tempoh dua minggu yang lalu.



Jumlah kes yang tidak berkaitan dalam masyarakat juga kekal stabil pada dua kes seminggu dalam tempoh yang sama.



Dengan 12 pesakit dibenarkan pulang kelmarin, 60,199 pesakit telah pulih sepenuhnya.



Seramai 46 orang masih dirawat di hospital, termasuk satu di unit rawatan rapi, sementara 205 orang dalam keadaan pulih di kemudahan masyarakat.



Setakat ini, angka korban akibat Covid-19 di Singapura adalah 30, sementara lagi 15 orang yang diuji positif bagi Covid-19 meninggal dunia kerana sebab lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >