KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 25 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Ahad (30 Mei) dengan 19 daripadanya adalah kes dalam kalangan masyarakat.
Menurut MOH dalam kenyataannya, 13 kes masyarakat mempunyai kaitan dengan kes lalu dengan 11 daripadanya sudah dikuarantin dan dua kes pula dikesan menerusi pengawasan.
Baki enam kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini.
Tiada kes dormitori dikenal pasti.
MOH menambah baki enam kes pula adalah kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Daripada kes ini, lima daripadanya adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini.
Dengan kes baru ini, Singapura kini mencatat 62,028 kes.