Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: 27 kes dalam masyarakat

May 21, 2021 | 05:30 AM

TERDAPAT 27 kes Covid-19 baru dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk enam kes yang tidak berkait.

Daripada bilangan tersebut, 21 kes dikaitkan dengan kes-kes sebelum ini, dengan 15 daripada mereka sudah pun dikuarantin.

Secara keseluruhan, ada 41 kes jangkitan baru dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Daripada jumlah itu, 14 merupakan kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Sebanyak 10 daripada 14 kes import itu warga atau penduduk tetap Singapura.

Tiada kes baru dalam dormitori pekerja migran. Ini menjadikan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Singapura 61,730.

Kelmarin, 38 kes baru dilaporkan termasuk 34 dalam masyarakat.

Melalui siasatan epidemiologi dan penjejakan kontak, MOH juga telah mengesahkan lima kelompok baru kelmarin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3