Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 28 kes baru, 2 dalam masyarakat

Jan 06, 2021 | 05:30 AM



LAGI 28 kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jangkitan koronavirus itu berjumlah 58,749 di sini.



Dua daripada kes itu merupakan kes dalam masyarakat. Seorang daripadanya warga Indonesia yang dikenakan kuarantin sebelum ini dan merupakan kontak rapat pesakit kes 58,812, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Pesakit kes 58,812 adalah pekerja kapal yang tiba pada 17 Disember. Pemegang pas permit itu disahkan dijangkit virus Covid-19 Rabu lalu. Sebelum dimasukkan ke hospital, beliau tidak keluar daripada kapalnya, kata MOH.



Sebanyak 26 kes lain merupakan kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura.



Antaranya empat warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) dan 13 pekerja domestik asing.



Tiada kes yang melibatkan pekerja asing di dormitori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >