Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2932 kes baru; 15 kes kematian termasuk individu 23 dan 34 tahun

Oct 15, 2021 | 12:14 AM



ANGKA kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19 telah melepasi 200 kes, menyusuli kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (14 Oktober) malam, yang mengesahkan kematian lagi 15 warga Singapura. 



Dalam kalangan kes ini termasuk individu berusia 23 tahun yang baru menerima satu suntikan vaksin bagi menentang virus tersebut dan seorang lagi yang berusia 34 tahun dan belum divaksin.



Kedua-duanya mempunyai kondisi perubatan lain, jelas MOH.



Baki 13 orang yang meninggal dunia berusia antara 60 dengan 89 tahun.



Dalam kalangan mereka, lapan daripadanya belum lagi menjalani vaksinasi manakala lima yang lain sudah divaksin. Kesemuanya mempunyai kondisi perubatan.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan di Singapura pada dua minggu pertama Oktober ini mencecah 112 kes, lebih separuh daripada angka kematian keseluruhan sebanyak 207 kes sejak pandemik bermula tahun lalu.



Tarikh 14 Oktober (Khamis) adalah hari ke-25 berturut-turut di mana kematian dilaporkan berpunca daripada komplikasi Covid-19.



Sementara itu, MOH melaporkan 2,932 kes jangkitan Covid-19 baru pada Khamis. Kes baru ini terdiri daripada 2,412 kes dalam masyarakat, 517 kes pekerja migran di dormitori dan tiga kes import.



Jumlah keseluruhan kes di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu kini mencecah 138,327 kes.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >