Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kematian dilapor; angka jangkitan baru cecah 1,650 kes

Sep 24, 2021 | 11:06 PM



SEHINGGA 12 tengah hari Jumaat (24 September), tiga kes kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan sedang jumlah jangkitan koronavirus baru meningkat mencecah 1,650 kes.



Dalam kalangan kes baru itu, 1,369 kes merupakan dalam kalangan masyarakat manakala 277 kes pula melibatkan penduduk dormitori. Empat kes import turut dikenal pasti.



Angka kes baru pada Jumaat adalah yang tertinggi dicatatkan sejauh ini. Bilangan kes baru pada Khamis adalah 1,504 kes manakala 1,457 kes dilaporkan pada Rabu. 



Sebelum ini, angka tertinggi yang dicatat Singapura adalah 1,426 kes pada April tahun lalu.



Mendedahkan demikian dalam kenyataannya pada Jumaat malam, Kementerian Kesihatan (MOH) turut memberi butiran lanjut mengenai tiga kes kematian yang dilaporkan, melibatkan tiga lelaki warga emas Singapura.



Kes pertama melibatkan lelaki 79 tahun yang meninggal pada 24 September. Beliau diuji positif Covid-19 pada 8 September. Lelaki ini belum divaksin dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi pulmonari, pulmonari penghalang kronis, penyakit Graves (penyakit autoimun yang menjejas kelenjar tiroid), darah tinggi dan kandungan lemak dalam darah.



Kes kedua pula melibatkan lelaki 83 tahun yang meninggal pada 24 September. Beliau diuji positif Covid-19 pada 14 September. Lelaki ini sudah lengkap divaksin dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, penyakit paru-paru terbatas, darah tinggi dan kandungan lemak dalam darah. Usia lanjutnya menjadikannya lebih terdedah pada penyakit teruk.



Dalam pada itu, kes ketiga pula adalah lelaki 86 tahun yang meninggal pada 24 September. Beliau diuji positif Covid-19 pada 16 September. Beliau telah menjalani vaksinasi lengkap dan mempunyai sejarah penyakit pulmonari penghalang kronis, penyakit jantung iskemik, bronkitis dan darah tinggi. Usia lanjutnya juga membuatkannya mudah terdedah pada penyakit lebih kronik.



Keseluruhannya, 73 kes kematian dilaporkan di Singapura kerana komplikasi Covid-19.



Sementara itu, 1,092 kes Covid-19 kini masih dirawat di hospital. Kebanyakannya dalam keadaan baik dan dipantau. Terdapat 162 kes yang berpenyakit serius dan memerlukan sokongan oksigen. 23 daripada mereka dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Dalam kalangan mereka yang teruk jatuh sakit, 151 daripadanya adalah warga emas melebihi usia 60 tahun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >