Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kes baru berkait dengan kelompok CGH

CGH
Jun 29, 2021 | 11:36 PM



TIGA kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat yang didedahkan pada Selasa (29 Jun) berkaitan dengan kelompok di Hospital Besar Changi (CGH) yang kini mempunyai 13 kes.



Baki dua kes masyarakat pula berkait dengan kelompok Blok 105 Henderson Crescent serta kelompok yang berkaitan dengan pesara 81 tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa malam (29 Jun).



MOH, dalam pada itu, mendedahkan bahawa jumlah kes jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat telah berkurangan dari 104 kes pada dua minggu lalu kepada 76 kes minggu lalu.



Bilangan kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini juga berkurangan dari 17 kes kepada 12 kes dalam tempoh masa yang sama.



Jumlah purata pada putaran tujuh hari bagi semua kes masyarakat yang berkaitan adalah 9.1 manakala bagi semua kes tiada kaitan adalah 1.7, jelas MOH lagi.



Pada Selasa, sebanyak 10 kes baru dikenal pasti sehingga 12 tengah hari. Lima daripadanya merupakan jangkitan dalam masyarakat dengan empat daripadanya berkaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin. Baki satu kes juga berkaitan dengan kes sebelum ini tetapi dikenal pasti menerusi ujian pengawasan. Tiada kes tanpa kaitan yang dikesan.



Terdapat lima kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Empat dikesan setibanya di Singapura manakala yang seorang lagi sakit sewaktu tempoh SHN atau ketika diasingkan.



MOH juga menambah terdapat 34 kelompok jangkitan aktif dengan setiap daripadanya mempunyai antara tiga dengan 91 kes jangkitan.



Kelompok terbesar buat masa ini adalah di Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View dengan 91 kes. Kelompok kedua terbesar adalah di MINDSville@Napiri dengan 33 kes disusuli dengan kelompok pekerja pembersihan Hong Ye Group dengan 27 kes.



Buat masa ini, 129 kes masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya sihat dan di bawah pemantauan. Terdapat 11 kes jangkitan serius yang memerlukan bantuan sokongan oksigen manakala tiga lagi kes dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Menurut MOH lagi, terdapat bukti berterusan bahawa vaksinasi membantu mengelakkan penyakit serius apabila seseorang dijangkiti. Dalam tempoh 28 hari lalu, 23 kes masyarakat memerlukan bantuan oksigen, dimasukkan ke ICU atau meninggal dunia. 20 daripadanya tidak menjalani vaksinasi, dua baru menerima satu suntikan vaksin manakala yang seorang lagi sudah menerima suntikan penuh dan sudah sakit sebelum jangkitan.



Sehingga 28 Jun, sebanyak 5,378,041 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah ditadbir di bawah program vaksinasi nasional. Ia meliputi suntikan bagi 3,279,411 individu. Seramai 2,098,630 individu pula sudah menerima suntikan dos kedua mereka dan memenuhi rejim vaksinasi penuh.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >