Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kes dalam masyarakat, kesemua tiada kaitan

Jun 12, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT sembilan kes baru Covid19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk tiga kes dalam masyarakat.



Kesemua kes dalam masyarakat tidak berkait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.



Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja migran, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Antara kes dilaporkan termasuk enam kes import - lima antara mereka warga Singapura atau Penduduk Tetap - yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



Menurut MOH dalam kenyataannya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kini 62,245.



Manakala itu, hasil ujian swab kesemua 452 penduduk dan pengunjung Blok 325A, Sumang Walk di Punggol kembali negatif, kelmarin.



Dalam maklumat terkini mengenai operasi ujian swab wajib di HDB, MOH berkata mereka telah menjalankan ujian reaksi berantai polimerase di satu blok di Punggol dan lapan blok di Hougang.



Ujian swab di blok Sumang Walk bermula Selasa lalu, setelah lapan kes jangkitan Covid-19 dikesan di antara tiga keluarga yang tinggal di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >