Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kes Mandarin Orchard kemungkinan diimport; 3 pekerja miliki jangkitan lama: MOH

Dec 20, 2020 | 06:16 PM



TIGA individu yang menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah di Hotel Mandarin Orchard Singapore didapati positif Covid-19.



Dalam kenyataannya pada Ahad (20 Disember), MOH menjelaskan kes-kes ini kemungkinan besar adalah kes import yang tiada kaitan dengan 13 lagi kes di hotel tersebut yang sedang disiasat.



Sementara itu, ujian serologi (bagi mengesan antibodi dalam darah) yang dikendalikan ke atas tiga kakitangan Hotel Mandarin Orchard Singapore juga menunjukkan mereka menghidap Covid-19, menggambarkan kemungkinan ia merupakan jangkitan sebelum ini.



Siasatan epidemiologi terhadap kes-kes ini sedang dijalankan. 



Kes-kes ini dikesan setelah tetamu hotel yang menjalani SHN di hotel tersebut diberi ujian swab sebagai sebahagian langkah yang diambil menyusuli siasatan MOH terhadap 13 kes koronavirus di hotel berkenaan.



MOH menambah 13 kes berkenaan disyaki dijangkiti setelah sampai ke Singapura kerana mereka memiliki jenis koronavirus yang memiliki persamaan genetik yang tinggi. Ini bererti jangkitan mungkin datang daripada satu sumber yang sama.



Keadaan ini menimbulkan tanda tanya sebab mereka kembara ke Singapura daripada 10 negara berbeza seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Britain, Filipina dan Bahrain.



MOH dalam kenyataannya pada Ahad menjelaskan 394 orang yang menjalani SHN di hotel itu telah menjalani ujian swab. Hasil ujian 384 individu sudah diketahui manakala baki 10 lagi masih menanti keputusan.



“Dalam kalangan mereka yang sudah memperolehi keputusan ujian, 381 orang didapati tidak dijangkiti Covid-19



“Tiga orang yang didapati positif Covid-19 sudah digegaskan ke hospital segera menerusi ambulan.



“Memandangkan mereka mempunyai sejarah perjalanan terkini, kemungkinan kes mereka merupakan kes import yang sudah disertakan dalam kiraan kes terkini.



“Walau bagaimanapun, Makmal Kesihatan Awam Nasional akan menjalankan ujian penjujukan genom (genome sequencing) dan analisis filogenetik bagi mengenal pasti jika kes mereka berkaitan dengan 13 kes yang dikesan sebelum ini.



“Masa empat minggu diperlukan bagi menyebarluaskan virus ini dan menamatkan proses penjujukan genom berkenaan," jelas MOH.



MOH juga menambah ia telah menjalankan ujian ke atas 158 kakitangan Hotel Mandarin Orchard Singapore.



Sejauh ini, semua hasil ujian Reaksi Rangkaian Polymerase (PCR) didapati negatif.



Namun, hasil ujian serologi (bagi mengesan antibodi dalam darah) yang dikendalikan, tiga kakitangan hotel didapati positif Covid-19, menggambarkan kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.



Siasatan epidemiologi kes ini sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >