Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kes masyarakat libatkan pegawai ICA, pengurus projek binaan, jururawat TTSH

Apr 28, 2021 | 11:58 PM



SEORANG pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang ditugaskan ke Terminal 1 Lapangan Terbang Changi adalah antara tiga kes jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat yang dikenal pasti pada Rabu (28 April).



Menurut satu kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), lelaki warga Singapura berusia 38 tahun itu tidak bertugas selepas timbul tanda jangkitan dengan beliau mula batuk pada 23 April dan mendapatkan rawatan perubatan keesokan harinya di klinik umum. Beliau diberi cuti sakit selama dua hari.



Namun, pada 26 April, beliau mula demam, sakit badan dan mengalami kehilangan deria hidu lantas mendapatkan rawatan di Hospital Tan Tock Seng keesokan harinya.



Lelaki itu disahkan positif Covid-19 pada hari yang sama. Ujian sebelumnya daripada sesi ujian rutin yang dijadualkan (kali terakhir pada 22 April) semuanya negatif. Keputusan ujian serologinya masih dinantikan.



Selain beliau, seorang lelaki warga Singapura berusia 58 tahun yang bertugas sebagai pengurus projek binaan di Nepal juga antara kes masyarakat yang baru dikesan. Beliau berada di Nepal dari 13 Februari 2020 hingga 13 Disember 2020.



Sejurus pulang ke Singapura, beliau menjalani SHN di kemudahan khusus hingga 27 Disember. Ujiannya dijalani pada 23 Disember sewaktu SHN dan didapati negatif. Beliau tidak menampakkan tanda jangkitan tetapi dikesan apabila mengambil ujian prakeberangkatan pada 26 April sebagai persiapan kembali ke Nepal.



Apabila keputusan ujiannya positif, beliau digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans.



Sementara itu, kes ketiga dalam masyarakat melibatkan jururawat warga Filipina berusia 46 tahun yang bertugas di Hospital Tan Tock Seng (TTSH). Beliau ditugaskan di wad umum, Wad 9D.



Wanita ini mula batuk, sakit tekak dan sakit badan pada 27 April dan mendapatkan rawatan perubatan di TTSH. Ujiannya didapati positif Covid-19 pada hari yang sama dengan beliau kemudian dirawat di NCID.



Kes ini menerima suntikan dos vaksin Covid-19 yang pertama pada 26 Januari disusuli dengan suntikan kedua pada 17 Februari. Vaksin Covid-19 berkesan dalam mencegah penyakit yang menampakkan tanda jangkitan bagi kebanyakan individu yang menjalani vaksinasi tetapi mereka yang telah mendapatkan suntikan ini berkemungkinan boleh dijangkiti.



Menyusuli pengesanan kes ini, TTSH telah mengurung wad yang terjejas dan menguji pesakit serta kakitangannya yang telah mengunjungi wad itu. Sejauh ini, MOH menambah, mereka telah mengesan empat lagi kes yang buat sementara waktu didapati positif Covid-19.



Mereka termasuk seorang doktor dan tiga pesakit yang dijaga dalam wad itu.



Sebagai langkah berjaga-jaga semua kakitangan TTSH yang merawat pesakit Covid-19 serta semua pelawat, pesakit dan kakitangan Wad 9D akan diberi perintah kuarantin.



Siasatan epidemiologi dan proses jejak kontak sedang diteruskan. Sedang MOH menjalankan ujian lanjutan bagi empat kes ini, mereka tidak disertakan dalam kiraan bilangan kes pada Rabu.



Tiada kes dormitori dikesan sementara 20 kes import pula dikenal pasti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >