Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kru kapal Indonesia, Filipina, Myanmar antara 23 kes baru

Apr 18, 2021 | 11:07 PM



TIGA kru kapal dari Indonesia, Filipina dan Myanmar adalah antara 23 kes jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (18 April).



MOH, dalam kenyataannya, melaporkan satu-satunya kes masyarakat yang dikesan melibatkan warga Indonesia berusia 39 tahun yang merupakan kru kapal tangki minyak. Lelaki ini tidak meninggalkan kapalnya bagi tujuan lain kecuali bagi menjalani ujian Covid-19 dan vaksinasi.



Beliau tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan apabila diuji pada 15 April sebagai sebahagian Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT). Keputusan ujian terkumpulnya positif Covid-19 keesokan hari dan beliau langsung digegaskan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans.



Satu ujian individu dibuat pada 16 April dengan hasilnya positif koronavirus juga. Ujian awal daripada RRT (yang terakhir pada 1 April) kesemuanya negatif, menandakan kemungkinan ada jangkitan baru.



Kru kapal ini buat sementara waktu disahkan positif dengan strain virus lebih mudah menjangkiti, B117. Ujian pengesahan lanjutan perlu dijalankan ke atasnya, tambah MOH.



Beliau juga mendapat suntikan dos pertama Covid-19 pada 15 April. Memandangkan vaksin itu tidak mengandungi virus hidup, beliau tidak mungkin dijangkiti kerana vaksinasi itu. MOH menjelaskan kemungkinan seseorang itu boleh dijangkiti sebelum atau sesudah vaksinasi yang dijalani kerana biasanya beberapa minggu diperlukan bagi seorang individu membangun semula daya tahannya selepas tamat vaksinasi.



Siasatan epidemiologi masih dijalankan. Buat masa ini, semua kontak kes ini yang dikenal pasti termasuk kru kapal lain sudah diasingkan dan dikuarantin.



Sementara itu, antara 22 kes import baru termasuk kru kapal Filipina berusia 43 tahun yang tiba di Singapura pada 24 Mac melalui kapal yang berlabuh di sini. 



Ujian Covid-19 yang dijalani pada 24 Mac negatif. Beliau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khusus antara 24 Mac dengan 7 April. Ujian seterusnya pada 6 April sewaktu SHN juga negatif Covid-19.



Lelaki ini kemudian menaiki kapalnya semula pada 8 April. Namun, pada 16 April, beliau diminta menjalani satu lagi ujian Covid-19 buat kru kapal atas protokol Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA). Apabila hasil ujiannya positif, beliau digegaskan ke hospital.



Nilai Ct-nya sangat tinggi, menandakan muatan virus rendah, manakala hasil ujian serologi yang dijalani juga positif. Memandangkan ini menandakan mungkin wujud jangkitan sebelum ini, MOH telah mengkategorikan kes ini sebagai kes import berdasarkan sejarah perjalanannya.



Pemegang pas lawatan jangka pendek ini kemungkinan meluputkan cebisan virus RNA yang tidak lagi dapat menjangkiti orang lain.



Selain dua kru kapal ini, seorang lagi kru kapal tiba dari Myanmar dan diuji positif Covid-19 di kapal.



Baki kes import baru yang dikesan terdiri daripada lima Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari India; dua pemegang pas tanggungan dari Nepal; seorang pemegang pas lawatan jangka panjang dari India; lima kes pemegang pas kerja dari India dan Kazakhstan; lima pemegang permit kerja dari Bangladesh dan India serta dua pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia dan Romania bagi tugasan kerja di Singapura.



Sementara itu, lagi 22 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital dan kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya 60,485 individu sudah pulih daripada jangkitan ini dan dibenarkan pulang.



Masih terdapat 68 kes yang masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Dua kes bagaimanapun berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU). 248 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >