Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 pekerja BS Industrial & Construction Supply antara 4 kes baru masyarakat; MOH siasat jika ada pelanggaran

Jan 20, 2021 | 11:18 PM




TIGA kes Covid-19 dalam masyarakat yang disahkan pada Rabu (20 Jan) melibatkan warga Malaysia yang bekerja di BS Industrial & Construction Supply Pte Ltd di 34 Kallang Place.




Mereka adalah rakan kerja Kes 59429, lelaki penduduk tetap (PR) yang disahkan positif pada Isnin.



Dua daripada mereka mengalami simptom jangkitan Covid-19 lebih awal tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan, malah terus ke kerja.



Lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 29 tahun itu cuma diuji setelah dihubungi Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin kerana merupakan kontak rapat Kes 59429.



Dalam kenyataannya pada lewat Rabu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) mengingatkan mereka yang tidak sihat, termasuk mereka yang menunjukkan simptom awal atau ringan, agar segera mendapatkan perhatian perubatan dan duduk di rumah untuk mengelakkan daripada menyebarkan penyakit itu kepada orang lain.



Kes ketiga pula melibatkan wanita berusia 28 tahun yang mengalami batuk pada Selasa, hari sama beliau dikuarantin kerana merupakan kontak rapat Kes 59429. 



Beliau diuji dan disahkan positif Covid-19 pada hari sama.




Keempat-empat kes dari BS Industrial & Construction Supply Pte Ltd itu kini membentuk satu kelompok jangkitan baru dan MOH berkata ia sedang menjalankan siasatan untuk melihat sama ada terdapat sebarang pelanggaran langkah pengurusan selamat di tempat kerja mereka.




"Pemerintah memandang serius sebarang pelanggaran dan akan mengambil tindakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan," kata MOH.



Kes dalam masyarakat keempat yang disahkan pada Rabu tidak berkait, dan melibatkan lelaki warga India berusia 46 tahun yang bekerja di APAR Technologies Pte Ltd di 4 Shenton Way.



Beliau tidak menunjukkan simptom, dan dikesan apabila mengambil ujian Covid-19 sebelum keberangkatan pada Selasa sebagai persiapan untuk perjalanan ke India.



Baki 36 kes yang disahkan pada Rabu melibatkan kes yang diimport.



Sementara itu, 32 lagi kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Secara keseluruhan, 58,926 pesakit telah sembuh sejauh ini.




Lagi 45 kes masih dirawat di hospital termasuk satu yang berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi, dan 197 diasing dan dijaga di kemudahan masyarakat.




Seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >