Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 warga S'pura yang pulang dari India, Indonesia, Yaman, antara 26 kes import baru

Apr 01, 2021 | 10:23 PM



TIGA warga Singapura yang kembali ke sini dari India, Indonesia dan Yaman adalah antara 26 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (1 April).



Turut dikesan dengan koronavirus adalah seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Belgium.



Menurut MOH dalam kenyataannya, semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji positif dalam tempoh berkenaan.



Dalam kalangan 26 kes itu, terdapat dua kes melibatkan pemegang pas pelajar dari India.

Seorang pemegang pas kerja dari Jepun juga dikesan dengan jangkitan Covid-19.



Sebahagian besar daripada kes yang baru dikesan ini melibatkan 17 pemegang permit kerja dari Bangladesh, India, Indonesia, Filipina dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). Tiga daripada mereka adalah pembantu rumah asing.



Baki dua kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia dan India bagi mengunjungi anggota keluarga mereka yang merupakan warga Singapura.



MOH menambah, lagi 12 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Ini menjadikan jumlah yang pulih sepenuhnya daripada penyakit ini mencecah 60,161 kes.



Terdapat 38 kes yang masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Satu kes kritikal dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).



178 kes pula diasingkan dan dirawat di kemudahan masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >