Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Covid-19: 30 kes baru; 15 kes masyarakat; 15 import

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: 30 kes baru; 15 kes masyarakat; 15 import

May 28, 2021 | 03:58 PM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 30 kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura pada Jumaat (28 Mei) dengan separuh daripadanya adalah kes dalam kalangan masyarakat.

Menurut MOH dalam kenyataannya, 11 daripada 15 kes masyarakat ini berkaitan dengan kes lalu dengan lapan daripadanya sudah dikuarantin dan tiga kes pula dikesan menerusi pengawasan.

Baki empat kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini. 

Tiada kes dormitori dikenal pasti pada Jumaat.

MOH menambah baki 15 kes pula adalah kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Daripada kes ini, lapan daripadanya adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3