Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Covid-19: 30 kes baru, satu dalam masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: 30 kes baru, satu dalam masyarakat

Jan 16, 2021 | 05:30 AM

LAGI 30 kes baru Covid-19 dilaporkan di sini hingga 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes Covid-19 di sini 59,059 kes.

Ini termasuk satu kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Baki 29 pesakit melibatkan kes import yang kesemuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.

Tiada kes melibatkan pekerja asing di dormitori.

Kelmarin, seorang warga Singapura berusia 32 tahun, yang bekerja sebagai pembantu doktor haiwan di unit K-9 Pasukan Polis Singapura merupakan satu-satunya kes jangkitan tempatan koronavirus.

Pesakit itu, yang tugasnya melibatkan telekonsultasi bersama pengendali anjing, mengalami demam pada Isnin.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan di klinik perubatan umum (GP) pada hari yang sama, di mana beliau diuji positif untuk Covid-19 sebagai sebahagian daripada ujian masyarakat yang dipertingkatkan.

Lelaki itu tidak keluar dari rumahnya setelah mendapat sijil perubatan (MC) sehingga hasil ujiannya kembali positif pada Rabu dan dibawa dengan ambulans ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Secara keseluruhan, terdapat tiga kes jangkitan baru dalam masyarakat dalam tujuh hari terakhir, dan sembilan kes jangkitan pada minggu sebelum ini.

Terdapat juga satu kes yang tidak dapat dikaitkan dalam tujuh hari terakhir, berbanding enam pada minggu sebelum ini.

Dengan 35 kes dibenarkan pulang pada Khamis, 58,742 pesakit telah pulih sepenuhnya dari Covid-19.

Seramai 41 pesakit masih berada di hospital, namun tidak perlu menjalani rawatan intensif.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3