Covid-19: 30 kes baru termasuk 4 dalam masyarakat
Jan 19, 2021 | 04:29 PM
SEBANYAK 30 kes Covid-19 baru disahkan hingga tengah hari Selasa (19 Jan), menjadikan jumlah 59,157 kes di Singapura sejauh ini.
Empat daripadanya adalah kes dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Baki 26 kes adalah kes import yang telah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.