Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 31 kes dibenar pulang, 34 kes masih di hospital

Sep 09, 2020 | 11:14 PM



SEBANYAK 31 kes jangkitan Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang sudah sembuh sepenuhnya daripada virus ini  mencecah 56,492 kes. 



Demikian jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya Rabu malam (9 September).



MOH juga menjelaskan terdapat 34 kes yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih. Tiada lagi kes dirawat di unit jagaan rapi. 613 kes  pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Sehingga 12 tengah hari Rabu (9 September), 75 kes jangkitan baru Covid-19 dikenal pasti.  



Dalam kalangan kes baru itu, terdapat 14 kes import. Dua daripadanya adalah warga Singapura manakala tujuh pula adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini dari India antara 24 Ogos dengan 28 Ogos serta Ghana pada 28 Ogos. Lagi empat kes terdiri daripada pemegang pas kerja atau permit kerja yang bertugas di Singapura dan datang ke sini dari Filipina dan India pada 28 Ogos lalu.



Baki satu kes lain merupakan pemegang pas pelajar yang berusia 18 tahun dan tiba di Singapura dari Kazakhstan pada 29 Ogos.



Satu-satunya kes masyarakat yang dikenal pasti, tambah MOH, adalah lelaki Bangladesh berusia 33 tahun yang berkait dengan kelompok Covid-19 sebelum ini. Beliau dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan buat pekerja dari sektor binaan, kelautan dan pemprosesan yang menetap di luar dormitori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >