Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3,112 kes baru; 14 kematian warga emas

Oct 30, 2021 | 11:55 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 3,112 kes jangkitan Covid-19 baru pada Sabtu (30 Oktober) dengan 2,608 kes ini merupakan dalam kalangan masyarakat.



Lagi 500 kes pula melibatkan penghuni dormitori manakala empat daripadanya merupakan kes import. Dalam kalangan kes masyarakat ini, 408 daripadanya merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas, jelas MOH dalam kenyataannya pada Sabtu malam.



Sementara itu, 14 kes kematian turut dilaporkan melibatkan individu antara usia 63 dengan 98 tahun, yang meninggal kerana komplikasi Covid-19. Semua daripada mereka mempunyai kondisi perubatan. 



Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan yang dilaporkan di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu mencecah 394 kes.



Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.14, merosot daripada 1.15 pada Jumaat. Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat pada minggu sudah yang diukur dengan bilangan kes masyarakat pada minggu sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan melebihi angka satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 mingguan baru yang masih meningkat.



Jumlah kes di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu adalah 195,211 kes.



MOH menambah kini terdapat 267 pesakit yang memerlukan sokongan oksigen di wad umum, 69 kes yang tidak mantap dan dipantau rapi di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 60 kes yang sakit secara kritikal dan menggunakan intubasi di ICU.



Keseluruhan kadar penggunaan ICU adalah 68 peratus, turun daripada 74 peratus pada hari sebelumnya.



Daripada sejumlah 382 katil ICU, 129 kes kini digunakan pesakit Covid-19. Lagi 131 katil pula digunakan mereka yang tidak mengalami kondisi Covid-19 manakala 122 katil kosong.



Kelompok besar di bawah pengawasan rapi adalah Rumah Rawatan Orange Valley (Clementi),  ECON Medicare Centre & Rumah Rawatan di 10 Buangkok View Blok 9, Hospital St Luke, PCF Sparkletots @ Changi Simei Blok 141, PCF Sparkletots @ Whampoa Blok 85, Institut Kesihatan Mental dan Banyan Home @ Pelangi Village di Buangkok.



Sepanjang tempoh sehari pula, 3,912 kes sudah dibenarkan pulang dengan 587 daripada mereka adalah warga emas berusia 60 tahun ke atas.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >