Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3,163 kes baru; 13 kematian

Oct 31, 2021 | 11:51 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan kematian 13 individu antara usia 57 dengan 89 tahun kerana komplikasi Covid-19 pada Ahad (31 Oktober).



Daripada sejumlah ini, 11 kes mempunyai kondisi perubatan manakala dua kes sama ada belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu suntikan dengan kedua-duanya tiada sejarah penyakit, tambah MOH dalam kenyataannya pada Ahad malam.



Kematian baru yang dilaporkan itu membawa pada jumlah kes kematian Singapura kini mencecah 407 kes.



Dalam pada itu, MOH turut mengenal pasti 3,163 kes Covid-19 baru pada Ahad. Kes ini terdiri daripada 2,745 kes baru dalam kalangan masyarakat, 414 kes di dormitori pekerja migran dan empat kes import.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.12. Ia turun daripada 1.14 pada Sabtu.



Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat dalam minggu sudah berbanding minggu sebelumnya. Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi angka satu ini menunjukkan bahawa jumlah kes Covid-19 baru masih lagi meningkat.



Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu kini adalah 198,374 kes.



MOH berkata kini terdapat 284 pesakit yang memerlukan sokongan oksigen di wad hospital umum. 69 kes pula tidak mantap dan dipantau rapi di Unit Jagaan Rapi (ICU) manakala 61 kes pula sakit tenat dan melalui intubasi di ICU.



Keseluruhan kadar penggunaan ICU adalah 68.3 peratus, meningkat daripada 68 peratus pada hari sebelumnya.



Daripada sejumlah 382 katil ICU, 130 katil kini digunakan pesakit Covid-19. Lagi 131 katil digunakan mereka yang dirawat kerana kondisi bukan Covid-19 manakala 121 katil kosong.



Dengan tiga kes baru dilaporkan pada Ahad, kelompok Institut Kesihatan Mental (IMH) kini mencecah 266 kes.



Kelompok lain dalam pemantauan rapi adalah Rumah Rawatan Orange Valley yang mempunyai satu kes baru, Pusat dan Rumah Rawatan ECON Medicare (10 Buangkok View Blok 9) yang mempunyai lima kes baru dan PCF Sparkletots @ Whampoa Blok 85 yang mempunyai satu kes baru. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >