Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3,432 kes baru; 15 warga emas meninggal

Oct 28, 2021 | 11:55 PM



SERAMAI 15 orang yang berusia antara 62 dengan 98 tahun meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (28 Oktober).



Kesemuanya mempunyai pelbagai kondisi perubatan, kata MOH dalam kenyataannya.



Angka kematian ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kerana Covid-19 mencecah 364 kes.



Khamis merupakan hari ke-39 berturut-turut di mana kematian kerana Covid-19 dilaporkan.



Dalam pada itu, selepas angka kes baru melonjak melepasi 5,000 kes pada Rabu, jumlah kes baru pada Khamis adalah 3,432 kes.



Kes ini terdiri daripada 3,171 kes baru dalam masyarakat, 252 kes di dormitori pekerja migran dan sembilan kes import.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.13, merosot daripada 1.15 pada Rabu.



Kes masyarakat melibatkan warga emas melebihi 60 tahun pula adalah 545 kes.



Sejak pandemik bermula tahun lalu, jumlah kes Covid-19 di Singapura adalah 187,851 kes.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >