SEBANYAK 347 kes Covid-19 baru dilaporkan pada Rabu (8 September), kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Kementerian itu tidak memberi bilangan kes yang berkait dan tidak berkait.
Tiga daripada kes baru itu adalah warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin dan berisiko mendapat penyakit serius, tambahnya.
Terdapat juga dua kes yang diimport. Mereka menghidap penyakit itu ketika diasingkan atau menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Sejumlah 349 kes Covid-19 baru dilaporkan pada Rabu.
Jumlah kes di Singapura kini 69,582.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: 347 kes baru dalam masyarakat
Sep 08, 2021 | 08:07 PM