SEBANYAK 35 kes baru Covid-19 disahkan di Singapura hingga tengah hari Ahad (3 Jan), menjadikan jangkitan koronavirus itu di sini berjumlah 58,697.
Semua jangkitan baru itu kes import dan telah diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad.
Enam daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap (PR) manakala tujuh pembantu rumah asing. Lebih banyak maklumat akan diberi Ahad malam (3 Jan).